Monday, August 13, 2012

Pemberian yg tak disangka

      Semalam keluar shopping dengan kawan-kawan sekolah rendah. Plan dengan kawan-kawan ingat nak cari tudung semangat bawak baju raya bagi nak matching dengan warna tudung.Penat wei round-round mall lenguh dah kaki nak je suruh orang dukung haha,macam la aku ni ringan sangat kan. Saper suruh ajak keluar shopping raya time puasa emm. Penat tau tak. Lama jugak ronda-ronda cari tudung  raya yang match dengan warna baju raya tahun ni last-last jumpa jugak. 

      Kitorang berbuka sesama tapi aku terkejut berukzz bila bf zaman sekolah aka cinta monyet pun ada sekali weh haha terkezut beruk ambe, aku tak tau la dorang ni plan ke kebetulan memang aku nerves gile babeng dah haritu just cover je tanya kabar ahahaha. Memang kena bahan la haritu haha tercerita balik zaman budak-budak best sangat. Sebelum balik sempat lagi cari sehelai dua baju raya kawanpkawan aku ni,ye lah nak pergi terawih pun tak sempat dah time ni kan. Alang-alang dah keluar. Aku dengan arif jalan-jalan sekali teman dia cari kasut raya dia, lepas tu aku terperasan satu objek yg menarik minat aku kasut haha, dalam hati berkenan kat satu kasut ni smart oi..  Belek-belek jer la kan nak beli lain kali je la cash  takder dalam purse sekarang semua habis wat joli untuk raya. tetiba ada dia tanya nak ke? Haih dengan malu-malu kucing aku jawab tgk-tgk je dulu survey-survey.

     Ces padahal nak sangat cover je lebey pui. haha. Tak sangka dia ambik betul-betul kasut tu suruh aku try pakai. Lepas tu tanya saiz berapa. Err.. Segannya, tapi nak buat camne aku dah cakap taknak dia suruh try jugak pastu dia dapat saiz kasut aku terus dia pergi kaunter bayar.speechless kejap..... hmm untung la kaya bayar guna card credit, card credit saper la tu dia guna bapak dia punya gaknya haha.. Apa-apa pun terima kasih awak tuuuu.. Aku tak nak pun kau yg paksa aku ambik kan ok. aku akan anggap pemberian ini ialah hadiah dari seorang sahabat baikku. hihi Hensem jugak dia sekarang bakal engineer gitu tapi dia dah ada awek lah!! jangan rosakkan hubungan orang tak baik hehehe..Aku harap hubungan persahabatan kita takkan terputus kawan2 keep in touch okeh!

Haa ni la kasutnya bukan kasut raya kasut sukan ok hahahaha. Nike Air Max 87 women

terkejut jugak byk jugak dapat tali kasut free

close up sikit



Gambar kitorang keluar sama-sama tak diupload sebab kontroversi akan melanda jika diupload muahahaha zaaaaaaaaaaas



Saturday, August 04, 2012

Minggu terakhir di SK Sri Tumpat 2


   Lepas kerja kat company IT haritu aku dapat offer jadi guru ganti lagi tapi yang ini dekat dengan rumah aku dalam 20 minit drive dah sampai. Sedih, tak sabar, rindu, gembira semua perasaan ada dalam hati dan fikiran aku sekarang. Kenapa?? sebabnya..


    Minggu ini ialah minggu terakhir aku kat sekolah ini. Dah habis lah tempoh jadi cikgu kat sekolah ini, mula-mula mengajar memang cuak lah kan.sorang pun tak kenal tapi nasib baik lah ada sorang cikgu ni peramah suka ajak makan sama-sama. Sepanjang jadi cikgu kat sekolah ini aku rasa semua nya pengalaman manis takder pun pengalaman buruk. Best sebebnarnya jadi cikgu ini layan kerenah budak-budak, kadang-kadang geram jugak bila dorang ni tak dengar cakap orang suruh buat kerja dia borak kat belakang. Tak terkawal jugak perasaan geram aku ini, ada la tercubit terpukul kat mana-mana sikit. haha padan muka korang saper suruh degil.


     Cikgu-cikgu kat sini pun oke semua.Baik-baik belaka gitu mula-mula jer tak kenal nampak macam kerek sikit tapi sebenarnya oke jer. Heheh Jadi, lain kali jangan buat andaian awal-awal orang ini kita tak tahu dalam macam mana kat luar nampak garang tapi baik sebenarnya.huihui.


    Minggu depan aku dah habis mengajar kat sekolah ini, takder dah perhimpunan setiap pagi ahad, dan tugasan RMT pagi selasa, selamat berjuang anak-anak murid ku di 4 Nilam, 5 Nilam dan 6 Zamrud. Semoga semua nya berjaya dalam hidup masing-masing.amin. Ada masa kita berjumpa lagi ok. 
                                                                   
                                                                 "Will Miss You All" :)
 

     
sekolah itu.

ececeh comel2 hensem2 semuanya. :)

exciter dapat ambik gambar dorang ni -.-"

cikgu yg paling rapat dgnku :) tq k.sah 


     

Sunday, July 29, 2012

Niat kita dengan DIA

Setiap orang tentu punya lakaran hidup tersendiri.. ada kisah bahagia, dan ada kisah duka.. itulah sejarah manusia.

Yang bahagia pasti datang, tapi mungkin..entahkan bila.. yang duka... selalu menjengah tanpa diundang..
 Jadi, bila dihitung-hitung hakikat diri.. isi hati ada manis, masam, masin dan pahit.. semua tu...penambah selera bermakna kehidupan.

Segala yang baik atau buruk bagi kita, itulah yang TERBAIK yang ALLAH sudah takdirkan untuk kita..

Selalu perbaharui niat..






Alkisah

   Ehem,test-test kemain lama tak update blog baru rasa nak update. Lama jugak sejak habis diploma dalam 5 bulan lebih, takder masa nak buka blog lama-lama layan baca blog orang, macam masa belajar dulu takperla lepas kelas surf internet 24 jam. Sekarang ni banyak hal lain nak buat takkan nak hadap laptop jer kat rumah kan, membebel la jawabnye cik maa kita kalau nampak.

  Sebenarnya sepanjang habis belajar ini banyak benda aku tempoh, pengalaman bekerja gitu. Mula-mula kerja kat satu company komputer yang buat biznes dan service dalam komputer nama dia monizone enterpise dan jual pakej wifi internet. Tak lama kerja situ baru nak mengeratkan silaturahim dengan ofismate dapat tawaran guru sandaran pulak. Puas dah duduk dalam ofis masa untuk bersandar pulak dalam bilik guru haha. Ok la kerja cikgu kerja mula 7.30 pagi balik 1.30 ptg takderla penat sangat balik lewat petang dari kerja kat ofis balik 5.30 petang hoi kebas bontut duduk atas kerusi hihi.

   Best sebenarnya kerja ini,bukan apa masa habis belajar lah kita nak timba segala pengalaman yang ada kat dunia ni kan. Masa bekerja ini lah juga, dapat kita kenal macam-macam jenis perangai manusia. Masa kerja kat kedai IT, aku dapat belajar cara-cara nak komunikasi dengan orang. Orang yang jenis tak berapa nak reti bab-bab IT,zero dorang tak tau apa-apa kena bagitau lah kena sabar sikit sebab soalan yang dah dijawab pun dia tanya balik -.-". Yang satu lagi,jenis dah bajet terer sangat bab IT ni sampai nak soal-soal orang, kalah lecturer masa belajar dulu.hurm layan je lah kan.

    Tapi yang paling best part bila dapat gaji, walaupun takderlah banyak sangat gaji nak dibandingkan dengan orang lain yang kerja Hakim,Dr. Lawyer ataupun sama waktu dengannya. Aku masih bersyukur sebab dengan hasil titik peluh kita sendiri dapat merasa duit itu. Gaji pertama,separuh aku buat belanja family makan, shopping sikit buat belanja sikit bagi maa sikit nak bagi ayah dia tak mahu dia suruh guna sendiri je. Separuh lagi aku simpan la takkan nak guna semuakan.

ni la tempatnya.kejap jer sempat kerja sini.


Saturday, March 10, 2012

Mengajar itu belajar

    Sekarang baru ku tahu erti pengorbanan walaupun payah untuk dihadapi tapi, percayalah nikmatnya selepas itu sangat manis untuk dirasai bila dihargai. Apabila kita menjadi  seorang manusia di bumi Allah ini kita sebagai khalifah Allah yang dipertanggungjawabkan atas segala kebaikan dan keburukan yang berlaku dibumi tidak akan berhenti untuk berkoraban untuk  segalanya. Tidak kira dari segi masa, wang ringgit, atau kebendaan. 


    Jadi ingat bahawa pengorbanan yang ikhlas memberi banyak pahala jika kita redha atas segala yang telah ditentukannya. Setiap amalan walau sekecil zarah sekali pun yang kita lakukan di dunia ini akan dihintung kelak di akhirat samaada kebaikan ada kejahatan.


perasaan skang

       
     *dulu masa jadi murid, mesti berharap waktu kelas cepat habis, bila jadi cikgu, sakit hati betul bila waktu dah habis :) baru nak mula mengajar, dah bunyi loceng! baru paham perasaan cikgu *mula memahami tanggungjawab seorang guru.