Friday, December 30, 2011

Hello 2012 Good Bye 2011

Hello wah lamanya tak update blog, bersawang sudah blog ni. Biasalah aku sekarang ni dah habis belajar kan , so busy, poyo jer busy apa. Busy jalan-jalan, makan, tengok tv haha. Aku kalau dekat rumah jarang sikit online, macam biasa kalau time duduk kat kolej banyak masa aku guna untuk online. Dekat rumah pulak duduk baring sikit tengok tv jer kawan telefon "Kin free tak sekarang?", siap kitorang datang ambik. Jadi aku nak cakap ape ikut jer lah orang ajak keluar lagipun duduk bagus jugak keluar ni, boleh sedut-sedut angin kat luar rumah haha.

Sempena tahun baru ni konfem ramai ada wish list or azam baru nak capaikan, tapi azam tahun lepas dah tercapai ker. haha Kalau belum baik capai dulu ok.

Azam aku tahun lepas aku dah capai dah alhamdulillah..


Masih tak nak ada boyfriend  
Menjaga adab sebagai muslimah 
 Camera digital Sony 
 Touch screen phone Sony 
Pandai masak kari,ayam masak merah-sedap oke 
 Habis diploma 
 Mempunyai wang simpanan sendiri


Semoga menjelang tahun baru ini, makin bertambah lah peningkatan iman kita. Insyallah. Marilah sama-sama kita bersyukur dengan setiap rahmat dan nikmat yang Allah berikan.











Saturday, December 10, 2011

Ada apa Freemason dengan Rantai Burung Hantu?

  Tadi aku ada terbaca satu artikel kawan aku post pasal rantai "owl" yang dikatakan haram dipakai oleh orang Islam kerana dikaitkan dengan Freemason. Sekarang ini banyak betul bentuk, pakaian, barang, gambar yang dikaitkan dengan Freemason, boleh dikatakan hampir semua kita tidak perasan dengan perkara ini kan. Memang tujuan penganut Freemason ini nak hancurkan agama Islam dan peralatkan kita dengan benda-benda cantik macam loket ini contohnya.Kita pulak tak terfikir terus beli sebab cantik dan ikut trend kan. Aku pun ada beli jugak sebab cantik bagi aku takder pun niat nak join Freemason or Iluminati, tapi takper kan sebab tak tahu. 

    Memang kita diharamkan dari simpan dan beli patung-patung untuk dijadikan perhiasan kerana dikhuatiri berunsur penghormatan kepada patung tu. Sebab kalau ada patung-patung dalam rumah kita atau gambar-gambar malaikat tidak akan masuk kerumah orang islam tersebut jadi rumah tersebut.

    Tak habis kalau nak cerita pasal Freemason, dah memang tujuan dorang menyesatkan kita. Tak payah sibuk-sibuk mengenai illuminati/freemason di Malaysia, yang sudah terang lagi bersuluh masalah seperti zina, rogolrasuah dan penyelewengan, murtad lebih memberikan kemudaratan kepada umat Islam. Jadi kita sepatutnya banteras menda tue jugak. Yang penting di sini adalah AKIDAH. Itu yang perlu diterapkan dari awal lagi. Saudara-saudaraku, jadilah orang yang mutawassit dalam melakukan sesuatu, janganlah kita menjadi golongan ekstremis, Rasulullah tidak suka sebegitu

sejibik macam aku punyer -.-"


TAK GITU? huhu
   

Thursday, December 08, 2011

TQ Ujang



Erm first of all, nak ucapkan trimas kpd Ujang sebab dah comment blog aku yang buruk ni..haha dapat gred B+ dah dekat nak dapat A dah tue.haha 


Lepas baca komen die, aku apa lagi terus la wat modification sikit untuk blog aku ni. Tapi ada beberapa ayat aku tak paham Ujang komen 


"widget follower cuba letak belah-belah lagi ok.." 



Tapi so far aku rasa komen dia sangat membina, thanks bro sebab komen blog ni. 

Cinta atau Dosa??





Haa tadi aku ada terbaca satu artikel kat fb mengenai "cinta". So,aku nak share ngan korang sebab aku rasa menarik, check it out! Moga sediki sebanyak kita dapat ilmu darinya.





1. Iblis laknatullah sentiasa menjadi orang ketiga dalam perhubungan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram yang akhirnya membawa pasangan kekasih itu kepada awal permulaan zina contohnya berpegangan tangan,kemudian berpelukan,setelah berpelukan berani pula bercumbuan dan akhir sekali belakunya perzinaan.




2.  Bagi perempuan, jangan benarkan lelaki yang bukan sah menjadi suamimu memegang dan memeluk tubuhmu kerana maruah adalah benteng utama wanita muslimah yang perlu dijaga. Manakala bagi lelaki pula, jangan rosakkan keluhuran seorang perempuan dan jangan biarkan diri tergoda dengan kelembutan wanita. 




3.Cinta yang sejati adalah cinta yang dimana pasangan masing-masing akan menjaga maruah sesama sendiri sebelum nikah. Mereka malu dan takut pada Allah.Mereka sabar sehingga menjadi suami isteri yang sah.




4.  Lelaki dan perempuan Islam yang beriman tidak akan membiarkan diri mereka tergoda dengan orang-orang yang tidak baik budi pekertinya yang membawa kepada kejahilan hati. Oleh itu cintailah pasangan anda kerana iman yang ada pada diri mereka kerana itulah yang sebenarnya menjadi keutamaan dalam kehidupan yang boleh membawa kebahagian bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat.


  •    Bagi perempuan islam, carilah lelaki yang bertaqwa dan beriman kerana lelaki inilah yang layak menjadi suamimu yang kelak akan menjadi imam dan akan mengajarmu selok belok agama. Jangan terjebak dengan lelaki buaya yang hanya manis dimulut tetapi hatinya ingin menghancurkan benteng pertahanan dirimu yang paling berharga.

  •      Bagi lelaki islam, seboleh-bolehnya carilah wanita yang baik budipekertinya dan bertudung. Jangan jatuh cinta hanya kerana tergoda dengan wajahnya dan bicaranya. Nilai juga keimanannya. Lelaki yang baik dan soleh tidak akan merosakkan wanita yang bakal menjadi isterinya.


    Aku tertarik dengan hadis ini-
  •  Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:-
    "Dan seseorang yang bersentuh dengan babi yang berlumuran dengan busuk lebih baik daripada bersentuhan dengan bahu wanita yang tidak halal baginya."(Riwayat Al-Tarmizi)
        
  • Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi saw bersabda :
    "Perempuan itu dikahwini kerana 4 perkara, iaitu kerana hartanya,keturunannya,kecantikannya dan kerana agamanya,maka pilihlah kerana agamanya kelak engkau akan bahagia" (Hadis Riwayat Muttafaqun Alaih)

5 ciri-ciri lelaki yang patut dijauhi

1.  Terlalu kedekut – Sebenarnya, tak salah kalau nak simpan duit sebab nak jimat. Cuma jangan terlalu kedekut la sampaikan setiap kali keluar dengan si buah hati, si dia pulak yang kena bayar untuk segala-galanya. Tak adillah namanya tu kan? Anyway, kalau anda tengah saving pun, harap-harap ada la sikit bajet untuk digunakan semasa keluar dating, kan?

2. Hipokrit – Atau lain maksudnya  berpura-pura. Depan-depan kita dia cakap lain, belakang pulak lain. Siapa lah nak lelaki camnie, kan? At least berterus terang je lah tentang perangai anda yang sebenar. And then it’s up to the lady whether to accept you or not, right? (perasan alim tapi sbenarnyer gatal kalah ulat bulu).

3.  Perasan hensem – hoho… ada ke lelaki camnie? Jawapannya… ader! Mungkin jugak jejaka yang mengaku hensem tu memang betul-betul hensem:-) Bersyukurlah dengan aset yang anda miliki dan jangan menyalahgunakannya. Satu yang perlu anda tahu, mungkin anda perasan anda hensem, tapi bagaimana pulak di mata orang lain? Anyway, kehenseman seseorang tidak dapat menjamin kebahagiaan,lama-lama berkedut jugak beb!

4. Playboy – .Jangan mudah tertipu dengan penampilannya yang baik dan sopan. Wanita kena selidik dulu latar belakang lelaki yang bakal menjadi teman lelaki/suaminya tue kerana takut silap-silap haribulan nanti, nama anda akan menjadi salah seorang ‘mangsa’ yang tertulis di dalam buku hitamnya nanti. So, berwaspadalah…

5. Tak gentleman -  Sesetengah orang kata lelaki Malaysia nie ramai yang tak ‘gentleman betul ker? Cuba tanya diri sendiri soalan2 nie: Ketika tengah berasak-asak untuk naik bas, anda pun turut berasak sama ke atau bagi peluang kepada wanita dan golongan tua naik dahulu? Pernah tak anda membuka pintu kereta untuk teman wanita/isteri anda?  Anda pernah ‘offer’ untuk angkat barang-barang ketika shopping? Ketika berjalan bersama-sama, anda akan pimpin tak tangan orang kesayangan anda? Ke anda just jalan terus jer…hinggakan jika kekasih terjatuh ke dalam lubang pun… korang tak sedar So, guys belajar lah untuk menjadi seorang lelaki budiman. Gerenti ramai wanita yang akan tertarik pada anda nanti!


Sunday, December 04, 2011

B-Day! 21 tahun dah la

 Alhamdulillah syukur kepada Allah,aku masih dipanjangkan umur sampai ke hari ini. Genap lah umur aku 21 tahun. Macam tak percaya jer dah dewasa. Kejap je masa berlalu dulu ingat lagi masa kecik-kecik nakal merajuk kalau ayah tak ingat sambut birthday..haha at least dapat kek apollo pun dah hepi sebab ayah ingat. 

Lawakla kan sekarang tak kisah dah, dapat ke tak hadiah, kek ker aper ker. Yang penting orang tersayang ingat hari jadi aku.Tapi kalau ada orang bagi hadiah lagi hepi tak gitu. Thanks ayah dan maa for the birthday wish. Juga kepada kawan-kawan aku yang tak lupa wish hehe..syg korang.

Semoga peningkatan usia seiring dengan tingkatnya iman di dada...ameen Ya Rabb. ^__^ 

Thursday, December 01, 2011

HangOut with my The best Friends Ever

 Er pergi ni tak plan pun, ingatkan my family dari Kelantan nak datang. Tup-tup tak jadi aiseymen sedih betol terpaksa la xpergi jamuan dak kelas buat kt umh lecturer aritu. So aku keluar lah dengan member-member hot i ija,iqa n zoe dorang ajak picnic . Tapi tak tau nak pergi mana, dalam keta duk decide pongpangpungpang sambil makan mcd nasib baik tak tersembul kuar makanan. Ikot majoriti, kitorang decide pergi picnic kat sungai Congkak jer dekat sikit.hihi




Lepas picnic , xreti penat pegi plak alamanda tgk wyg. Iqah request sian die dah lama xtgk wayang kata nya. So beli la tiket wayang ingat nak tengok twilight tp full sampai subuh kang pun full kot. tipu jer saje nk describe punyer la ramai.hmm last2 tgk AKU BUKAN TOMBOY best jgk lah..tak rugi beli duk gelak jer nonstop dlm wyg.

Perjuangan hampir selesai..

Sedih + tak sabar + terharu + sebak mahu meninggal kan sahabat yang bersama ketika berjuang menimba ilmu. Aku sayang kamu sahabat.. Semua orang ada kawan , tipu lah kalau cakap tak ader kawan kan, bagi aku kawan ialah orang yang selalu disamping kita tidak kira susah senang. Orang yang selalu mengata kawan mengadu domba, aku rasa tidak layak dipanggil kawan.

Selama aku belajar di Kpm ini banyak yang telah aku pelajari, macam mana nilai seorang kawan yang memang boleh dianggap kawan. Ya aku telah banyak memperoleh pengalaman dari persahabatan yg terikat sepanjang belajar di sini.

Tak lama lagi aku akan menghabiskan sisa-sisa pengajian aku, masing-masing akan bawak haluan. Aku bersyukur kepada Allah kerana beri aku kawan yang sentiasa memahami aku, perangai gila-gila aku kadang-kadang kan. Pasti aku akan rindu kalian semua, selama 3 1/2 tahun berkawan, banyak pahit manis telah kita lalui. 

Bersengkang mata menyiapkan tugasan, hingga tidak terurus masa harian sibuk dengan esaimen yang menggunung. Gelak ketawa bila bersama tidak kira dimana, ya pasti aku rindui kalian semua yang digelar sahabat.. :') Semoga semua kawan-kawanku berjaya satu hari nanti, moga ukhuwah kita tak kan terputus. Jumpa lagi time KONVO!