Thursday, December 08, 2011

5 ciri-ciri lelaki yang patut dijauhi

1.  Terlalu kedekut – Sebenarnya, tak salah kalau nak simpan duit sebab nak jimat. Cuma jangan terlalu kedekut la sampaikan setiap kali keluar dengan si buah hati, si dia pulak yang kena bayar untuk segala-galanya. Tak adillah namanya tu kan? Anyway, kalau anda tengah saving pun, harap-harap ada la sikit bajet untuk digunakan semasa keluar dating, kan?

2. Hipokrit – Atau lain maksudnya  berpura-pura. Depan-depan kita dia cakap lain, belakang pulak lain. Siapa lah nak lelaki camnie, kan? At least berterus terang je lah tentang perangai anda yang sebenar. And then it’s up to the lady whether to accept you or not, right? (perasan alim tapi sbenarnyer gatal kalah ulat bulu).

3.  Perasan hensem – hoho… ada ke lelaki camnie? Jawapannya… ader! Mungkin jugak jejaka yang mengaku hensem tu memang betul-betul hensem:-) Bersyukurlah dengan aset yang anda miliki dan jangan menyalahgunakannya. Satu yang perlu anda tahu, mungkin anda perasan anda hensem, tapi bagaimana pulak di mata orang lain? Anyway, kehenseman seseorang tidak dapat menjamin kebahagiaan,lama-lama berkedut jugak beb!

4. Playboy – .Jangan mudah tertipu dengan penampilannya yang baik dan sopan. Wanita kena selidik dulu latar belakang lelaki yang bakal menjadi teman lelaki/suaminya tue kerana takut silap-silap haribulan nanti, nama anda akan menjadi salah seorang ‘mangsa’ yang tertulis di dalam buku hitamnya nanti. So, berwaspadalah…

5. Tak gentleman -  Sesetengah orang kata lelaki Malaysia nie ramai yang tak ‘gentleman betul ker? Cuba tanya diri sendiri soalan2 nie: Ketika tengah berasak-asak untuk naik bas, anda pun turut berasak sama ke atau bagi peluang kepada wanita dan golongan tua naik dahulu? Pernah tak anda membuka pintu kereta untuk teman wanita/isteri anda?  Anda pernah ‘offer’ untuk angkat barang-barang ketika shopping? Ketika berjalan bersama-sama, anda akan pimpin tak tangan orang kesayangan anda? Ke anda just jalan terus jer…hinggakan jika kekasih terjatuh ke dalam lubang pun… korang tak sedar So, guys belajar lah untuk menjadi seorang lelaki budiman. Gerenti ramai wanita yang akan tertarik pada anda nanti!