Saturday, January 28, 2012

Legasiku

Sudah lebih sebulan aku duduk dekat rumah macam-macam kerja aku dah try, dari jadi babysitter, part time driver, tukang cuci sidai kain, tukang masak kat umah. Fuh fikir-fikir baik aku sambung cepat-cepat mintak-mintak dapat la upu  amin. Ayah aku pun sibuk je suruh isi borang jadi guru ganti. Aku macam nak jugaklah cuba rasa macam mana pengalaman jadi cikgu tapi macam tak nak jer aaaaaaduh camner nie. Urm, belum cuba belum tahu kan manalah tahu kot-kot best ker. Try Lah!

Tapi sumpah best duduk dekat rumah ni bangun-bangun dah siap breakfast, lepas itu boleh jalan-jalan pusing-pusing window shopping ngan member, lepak dengan kawan-kawan la. Bila dah sambung belajar mana nak dapat dah peluang ni kan. Hihi Jadi, aku kena manfaatkan masa yang ada nikmati sepenuhnya.

Oke daa with love:Kin ;)








Friday, December 30, 2011

Hello 2012 Good Bye 2011

Hello wah lamanya tak update blog, bersawang sudah blog ni. Biasalah aku sekarang ni dah habis belajar kan , so busy, poyo jer busy apa. Busy jalan-jalan, makan, tengok tv haha. Aku kalau dekat rumah jarang sikit online, macam biasa kalau time duduk kat kolej banyak masa aku guna untuk online. Dekat rumah pulak duduk baring sikit tengok tv jer kawan telefon "Kin free tak sekarang?", siap kitorang datang ambik. Jadi aku nak cakap ape ikut jer lah orang ajak keluar lagipun duduk bagus jugak keluar ni, boleh sedut-sedut angin kat luar rumah haha.

Sempena tahun baru ni konfem ramai ada wish list or azam baru nak capaikan, tapi azam tahun lepas dah tercapai ker. haha Kalau belum baik capai dulu ok.

Azam aku tahun lepas aku dah capai dah alhamdulillah..


Masih tak nak ada boyfriend  
Menjaga adab sebagai muslimah 
 Camera digital Sony 
 Touch screen phone Sony 
Pandai masak kari,ayam masak merah-sedap oke 
 Habis diploma 
 Mempunyai wang simpanan sendiri


Semoga menjelang tahun baru ini, makin bertambah lah peningkatan iman kita. Insyallah. Marilah sama-sama kita bersyukur dengan setiap rahmat dan nikmat yang Allah berikan.











Saturday, December 10, 2011

Ada apa Freemason dengan Rantai Burung Hantu?

  Tadi aku ada terbaca satu artikel kawan aku post pasal rantai "owl" yang dikatakan haram dipakai oleh orang Islam kerana dikaitkan dengan Freemason. Sekarang ini banyak betul bentuk, pakaian, barang, gambar yang dikaitkan dengan Freemason, boleh dikatakan hampir semua kita tidak perasan dengan perkara ini kan. Memang tujuan penganut Freemason ini nak hancurkan agama Islam dan peralatkan kita dengan benda-benda cantik macam loket ini contohnya.Kita pulak tak terfikir terus beli sebab cantik dan ikut trend kan. Aku pun ada beli jugak sebab cantik bagi aku takder pun niat nak join Freemason or Iluminati, tapi takper kan sebab tak tahu. 

    Memang kita diharamkan dari simpan dan beli patung-patung untuk dijadikan perhiasan kerana dikhuatiri berunsur penghormatan kepada patung tu. Sebab kalau ada patung-patung dalam rumah kita atau gambar-gambar malaikat tidak akan masuk kerumah orang islam tersebut jadi rumah tersebut.

    Tak habis kalau nak cerita pasal Freemason, dah memang tujuan dorang menyesatkan kita. Tak payah sibuk-sibuk mengenai illuminati/freemason di Malaysia, yang sudah terang lagi bersuluh masalah seperti zina, rogolrasuah dan penyelewengan, murtad lebih memberikan kemudaratan kepada umat Islam. Jadi kita sepatutnya banteras menda tue jugak. Yang penting di sini adalah AKIDAH. Itu yang perlu diterapkan dari awal lagi. Saudara-saudaraku, jadilah orang yang mutawassit dalam melakukan sesuatu, janganlah kita menjadi golongan ekstremis, Rasulullah tidak suka sebegitu

sejibik macam aku punyer -.-"


TAK GITU? huhu
   

Thursday, December 08, 2011

TQ Ujang



Erm first of all, nak ucapkan trimas kpd Ujang sebab dah comment blog aku yang buruk ni..haha dapat gred B+ dah dekat nak dapat A dah tue.haha 


Lepas baca komen die, aku apa lagi terus la wat modification sikit untuk blog aku ni. Tapi ada beberapa ayat aku tak paham Ujang komen 


"widget follower cuba letak belah-belah lagi ok.." 



Tapi so far aku rasa komen dia sangat membina, thanks bro sebab komen blog ni. 

Cinta atau Dosa??





Haa tadi aku ada terbaca satu artikel kat fb mengenai "cinta". So,aku nak share ngan korang sebab aku rasa menarik, check it out! Moga sediki sebanyak kita dapat ilmu darinya.





1. Iblis laknatullah sentiasa menjadi orang ketiga dalam perhubungan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram yang akhirnya membawa pasangan kekasih itu kepada awal permulaan zina contohnya berpegangan tangan,kemudian berpelukan,setelah berpelukan berani pula bercumbuan dan akhir sekali belakunya perzinaan.




2.  Bagi perempuan, jangan benarkan lelaki yang bukan sah menjadi suamimu memegang dan memeluk tubuhmu kerana maruah adalah benteng utama wanita muslimah yang perlu dijaga. Manakala bagi lelaki pula, jangan rosakkan keluhuran seorang perempuan dan jangan biarkan diri tergoda dengan kelembutan wanita. 




3.Cinta yang sejati adalah cinta yang dimana pasangan masing-masing akan menjaga maruah sesama sendiri sebelum nikah. Mereka malu dan takut pada Allah.Mereka sabar sehingga menjadi suami isteri yang sah.




4.  Lelaki dan perempuan Islam yang beriman tidak akan membiarkan diri mereka tergoda dengan orang-orang yang tidak baik budi pekertinya yang membawa kepada kejahilan hati. Oleh itu cintailah pasangan anda kerana iman yang ada pada diri mereka kerana itulah yang sebenarnya menjadi keutamaan dalam kehidupan yang boleh membawa kebahagian bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat.


  •    Bagi perempuan islam, carilah lelaki yang bertaqwa dan beriman kerana lelaki inilah yang layak menjadi suamimu yang kelak akan menjadi imam dan akan mengajarmu selok belok agama. Jangan terjebak dengan lelaki buaya yang hanya manis dimulut tetapi hatinya ingin menghancurkan benteng pertahanan dirimu yang paling berharga.

  •      Bagi lelaki islam, seboleh-bolehnya carilah wanita yang baik budipekertinya dan bertudung. Jangan jatuh cinta hanya kerana tergoda dengan wajahnya dan bicaranya. Nilai juga keimanannya. Lelaki yang baik dan soleh tidak akan merosakkan wanita yang bakal menjadi isterinya.


    Aku tertarik dengan hadis ini-
  •  Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:-
    "Dan seseorang yang bersentuh dengan babi yang berlumuran dengan busuk lebih baik daripada bersentuhan dengan bahu wanita yang tidak halal baginya."(Riwayat Al-Tarmizi)
        
  • Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi saw bersabda :
    "Perempuan itu dikahwini kerana 4 perkara, iaitu kerana hartanya,keturunannya,kecantikannya dan kerana agamanya,maka pilihlah kerana agamanya kelak engkau akan bahagia" (Hadis Riwayat Muttafaqun Alaih)