Wednesday, February 29, 2012

Maybe one day

If God answers your prayer, He increases your faith. If He delays, He increases your patience. If 


He didn't, He knows u can handle it. InsyaAllah





Muhasabah diri

 Hidup kelam kabut datang dari solatnya yang kelam kabut, Hidup tak menentu datang dari  
solatnya yang tak menentu, Hidup yang celaru datang dari solatnya yang celaru, Hidup tiada 
keberkatan datang dari solat yang tak diberkati, Hidup serba lengkap tapi hati tak pernah 
puas dan tenang, datang dari solat yang tak lengkap (ponteng dan tinggal), Hidup tertekan 
datang dari solatnya yang tiada toma'ninah, Hidup bermasalah datang dari solatnya yang 
bermasalah. Jadi kita kena pastikan, Hidup yang cemerlang datang dari solatnya yang  
cemerlang, Hidup yang tenang datang dari  solatnya yang tenang, Hidup yang diredhai datang 
dari solatnya yang diredhai.




Tuesday, February 28, 2012

Barakallah

       Suka tengok video dan gambar-gambar  majlis perkahwinan Imam muda Hassan dan Ulfah ini, sangat "sweet" sederhana jer majlis dia tapi meriahkan. Malu-malu jer dorang ni, comel jer kan humble and so sweet. Video ini pun best, kredit to the photographer.Congratulation to both of u, kerana telah dipertemukan dengan Zauj dan Zaujah masing-masing, alhamdulilah. Semoga berbahagia untuk selama-lamanya. ^-^










*sederhana dan keberkatan itu penting

Berbaloi-baloi

    Tadi masa balik rasa lapar pulak, singgah pizzahut kbmall ingat nak order simple-simple laa, yang murah jer set lunch jer. Sebab teringin nak makan eh macam mengidam pulak.haha Dah standby dah nak gitau order kat pekerja pizahut tu. Tetibe tengok ada promosi pulak dahhhhhhhhhhh....... korang nak tau setiap hari ada 50% price bagi setiap meal yang best-best. Adeh kebetulan hari ini selasa, jadi ada dua meal yang marvelous iaitu "super supreme pizza" dan cheese baked meatball. Banyak kali telan air liur, dalam hati " tak jadi lah order yang lunch hour tu lah hihi " so, tukar ambik cheese baked meatball tralalalala.. Dari RM10 lebih jadi RM5 lebih percaya tak? Peliz percaya tak tipu ni.

   Time nak tunggu order punya lama, ramai orang meleleh air liur tengok orang makan.haha Terbaik la pizza hut buat promosi macam ini memang nak suruh aku membina lemak la jawabnya. -.-" Tapi serius sedappppppppppppppp......murah pulak tuuu..Apalagi cepat la pergi serang ahahhaahaa







Monday, February 27, 2012

Dapat jugak

    Alhamdulilah setelah banyak kali terpaksa tangguh nak beli, akhir dapat jugak. Betul lah cakap kawan aku tak payah risau ada rezeki adalah tu.Hm dah lama kot tengok orang pakai akhirnya salah satu benda yang aku nak tercapai jugak tq pada kawan-kawan yang teman aku  benda ni cari kehulu-kehilir hehe . Risau jugak pergi kali kedua dia cakap takde stok. Nasib baik dah book awal-awal aritu, abang tu la suruh book dia cakap ini model laku sekarang. Memang la saya tau bang tu pasal saya mau beli model ni, dan dan pulak tunjuk aku yang lain. Dah la bajet cukup-cukup jer ni. Haha  nasib baik pergi dia ada simpan untuk aku, abg tu cakap ini last model saya angkat 15 biji semua dah sold out.pergh laku giler kedai abg ni. ada aku heran aahaha dengar je la dia potpetpotpet..Nasib baik kawan aku teman boleh la aku buat-buat borak dengan korang.

Tq so much teman aku beli ni k. nanti aku kaya aku belanja korang plak.hahaa koranglah sahabat sejati aku. Sayang korang.

abaikan muka  yg serabai tu-yg penting excited terlebih ni haha




anak buah yang nakal dode dode





     Aih budak ni, semakin hari semakin cerdik. Selalu  datang rumah ni pagi-pagi,turun jer dari kereta dia akan jerit panggil nama "YUU" la"YOYU" la macam-macam nama dia panggil. Haha sekarang dah pandai panggil cek yuu. Suka sangat mintak lat lat.... nak tau apa tu lat? lat tu gula-gula, dia panggil lat. Feveret la tu kalau dapat duk diam terus. Sekarang dah besar dah nak masuk 3 tahun dah budak bucuk ni. nanti cekyu belikan hadiah besday oke. Love u.. 

Wednesday, February 22, 2012

Beli Belah

Tadi lepas penat ronda-ronda nak beli phone sekitar Kota Bharu, rasa lapar pulak perut ni so kitorang berhenti makan kejap lepas makan sambung pulak cari phone baru kot-kot ada kat sini mana tau. Tengah  mata duk melilau cari kedai phone. Tiba-tiba ternampak satu kedai ni jual jubah, baru buka kot sebab macam tak pernah nampak lagi before ni, so apa lagi terus la masuk saja cuci-cuci mata perempaun biasa la kan. hehe. Bukan nak beli pun dalam hati dah set tak nak beli apa-apa. 

Masuk je dalam tu pergh cantik masyaaallah tergugat keimanan, cantik sungguh baju-baju,tudung-tudung dalam tu yang penting semua versi muslimah labuh-labuh semua. Mata dah ter'usha kat satu jubah ni ada diskaun pulak tu dari RM60 dapat RM40 oke la tu kan, terus grab satu, kitorang beli dua satu saya punya satu lagi kawan i punya. Tudung pun ada jual kat situ, rasa macam cantik jer tudung 2 tone tu ambik jugak lah satu, hai laaa..Banyak sungguh duit kan. Lau balik ni mesti ayah potpetpotpet. Duit dia bagi relek je wat shopping kihkih

Lepas shopping tiba-tiba tak sedar phone tak beli lagi, cari punya cari tak jumpa yang berkenan dihati. em simpan dulu hasrat cari lain kali plak lah. Lepas tu kitorang balik heppy dapat beli jubah baru yang sama dan yang penting sekali cantik! Tapi balik tu baru perasan tak snap pun gambar keluar tadi haha boleh pulak terlupa padahal dah bawak camera. 

comel tak? color grey  n dark purple tudung dua tone & jubah hitam


oke tu jer. Assalamualaikum


*Aku ni sejak kebelakangan ini asyik lupa jer, banyak termakan semut kot -.-"

Saturday, February 04, 2012

Jodoh rahsia Dia



Betul jugak kan kata-kata kat atas ini. Ini tak kita sekarang bercinta bagai nak rak peluk sana peluk sini, pegang sana pegang sini tak jaga batas langsung. Pasti ker lelaki yang pegang sentuh kita itu suami kita nanti?, macam mana lepas dah putus lelaki tu cerita dekat kawan dia "ah perempuan tu aku dah pernah sentuh , kau nak ambik la tak heran" Hm, mana pergi harga diri kita yang selama ini kita jaga, tanpa sedar lelaki tu langsung tidak menghargai kita, dah dapat senang je tinggal pergi dekat perempuan lain. MEMANG PANTANG LA LELAKI JENIS MACAM INI. Mahu ker kita nanti lepas kahwin suami kita dapat yang sudah bekas orang sentuh. Apa kata kita sama-sama renung,betul ker apa yang kita buat. 

Tak payah  rasa terasing sedih bila tak ada "bf" ,berpisah atau bergaduh i, sabar yang pasti jodoh Allah dah tetapkan tunggalah masanya akan tiba nanti. Berkasih sayang dengan Allah lebih bagus dari berkasih dengan manusia yang kadangkala nya cinta akan mudah luntur. Makin kita sayang dan dekat dengan Allah makin tinggi keimanan kita kepadaNya. Insyaallah.

Salam sayang,kinn :D


Cinta kepadamu Ya Rasulullah,menyatukan kami semua. Salam Maulidur Rasul 1433 H / 2012 :)