Tadi lepas penat ronda-ronda nak beli phone sekitar Kota Bharu, rasa lapar pulak perut ni so kitorang berhenti makan kejap lepas makan sambung pulak cari phone baru kot-kot ada kat sini mana tau. Tengah mata duk melilau cari kedai phone. Tiba-tiba ternampak satu kedai ni jual jubah, baru buka kot sebab macam tak pernah nampak lagi before ni, so apa lagi terus la masuk saja cuci-cuci mata perempaun biasa la kan. hehe. Bukan nak beli pun dalam hati dah set tak nak beli apa-apa.
Masuk je dalam tu pergh cantik masyaaallah tergugat keimanan, cantik sungguh baju-baju,tudung-tudung dalam tu yang penting semua versi muslimah labuh-labuh semua. Mata dah ter'usha kat satu jubah ni ada diskaun pulak tu dari RM60 dapat RM40 oke la tu kan, terus grab satu, kitorang beli dua satu saya punya satu lagi kawan i punya. Tudung pun ada jual kat situ, rasa macam cantik jer tudung 2 tone tu ambik jugak lah satu, hai laaa..Banyak sungguh duit kan. Lau balik ni mesti ayah potpetpotpet. Duit dia bagi relek je wat shopping kihkih
Lepas shopping tiba-tiba tak sedar phone tak beli lagi, cari punya cari tak jumpa yang berkenan dihati. em simpan dulu hasrat cari lain kali plak lah. Lepas tu kitorang balik heppy dapat beli jubah baru yang sama dan yang penting sekali cantik! Tapi balik tu baru perasan tak snap pun gambar keluar tadi haha boleh pulak terlupa padahal dah bawak camera.
comel tak? color grey n dark purple tudung dua tone & jubah hitam |
oke tu jer. Assalamualaikum
*Aku ni sejak kebelakangan ini asyik lupa jer, banyak termakan semut kot -.-"