Saturday, March 10, 2012

Mengajar itu belajar

    Sekarang baru ku tahu erti pengorbanan walaupun payah untuk dihadapi tapi, percayalah nikmatnya selepas itu sangat manis untuk dirasai bila dihargai. Apabila kita menjadi  seorang manusia di bumi Allah ini kita sebagai khalifah Allah yang dipertanggungjawabkan atas segala kebaikan dan keburukan yang berlaku dibumi tidak akan berhenti untuk berkoraban untuk  segalanya. Tidak kira dari segi masa, wang ringgit, atau kebendaan. 


    Jadi ingat bahawa pengorbanan yang ikhlas memberi banyak pahala jika kita redha atas segala yang telah ditentukannya. Setiap amalan walau sekecil zarah sekali pun yang kita lakukan di dunia ini akan dihintung kelak di akhirat samaada kebaikan ada kejahatan.


perasaan skang

       
     *dulu masa jadi murid, mesti berharap waktu kelas cepat habis, bila jadi cikgu, sakit hati betul bila waktu dah habis :) baru nak mula mengajar, dah bunyi loceng! baru paham perasaan cikgu *mula memahami tanggungjawab seorang guru.



Monday, March 05, 2012

Tahun Melawat Kelantan 2012

      Okey baru nak update pegi tengok  majlis perasmian Tahun Melawat Kelantan 2012, banyak syok maa excited my sis ajak pergi malam tu.  Dah lama tak pergi kot, ingat lagi time kecik-kecik dulu pergi time Hari keputeraan Sultan kena berarak jalan ramai-ramai kemain excited. Last-last tak larat, terpaksa la suruh ayah pikul kat belakang dia haha. Sekarang dah besar tak kan nak suruh pikul kat belakang lagim mau  tercabut pinggang ayah aku haha. Mana tak penatnya, kena parking kereta jauh sebab takot jam tak boleh balik, tau la kan ramai orang mesti parking penuh so terpaksa la parking jauh-jauh. Nanti nak balik senang tak payah tunggu orang yang parking macam jalan tok ayah dia tu. Yang best nye sebab dapat tengok kereta berhias lepas tu ada banyak jual-jual makanan dengan cenderahati kat situ, siap ada dikir barat lagi u.haha  
       
       Jadi bagi orang luar yang nak datang kelantan mari la tahun ni banyak tempat-tempat yang menarik dengan event-event best ada tahun ni.hehehe 



Sunday, March 04, 2012

Syukur sentiasa

Kita terlalu inginkan apa yang kita tiada...hingga kita lupa untuk bersyukur dengan apa yang telah kita ada, terus bersyukur atas segala nikmatnya. Ya Allah....Ya tuhan jadikan lah aku hambamu yang sentiasa bersyukur. Ya Rab,janganlah Kau menganggap bahawa amalan yg aku lakukan itulah semata2 dpt menjamin kebahagiaan di akhirat. Hakikatnya, semua kebaikan yg aku lakukan adalah kerana rahmat & kurniaan Allah s.w.t. Jadikanlah aku hambamu yang ikhlas melakukan ibadat dan tanggungjawab sebagai seorang muslim.


Mafhum hadis Nabi S.A.W. 7 golongan yg m'dpt naungan Allah di akhirat yangg mana tiada naungan lain selain naungan-Nya ; salah satunya ialah org yg mengingati Allah s.w.t seorang diri hingga mengalir air matanya. (H.R al-Bukhari dan Muslim)

Mampukah aku?? 




Thursday, March 01, 2012

Rahsia wajah cantik berseri

Tipsnya Senang Sahaja.. 
Tak Perlu Beli Pencuci Muka Yang Mahal-mahal.


* Bangun awal pagi utk solat subuh. Air wudhuk yang mengenai muka boleh menegangkan kulit.

* Menunaikan solat zohor di tengah hari. Air wudhuk yang mengenai muka boleh mencerahkan mata.

* Tidak melalaikan solat Asar di waktu petang. Air wudhuk yang mengenai muka boleh membersihkan kekotoran asap & habuk siang.

* Tidak berlengah utk solat maghrib. Air wudhuk yang mengenai muka boleh menghilangkan bau di hidung & mulut.

* Sentiasa ingat solat Isya di waktu malam. Air wudhuk yang mengenai muka boleh menceriakan wajah dari kemungkaran.

Memang Banyak Rahsia Dan Kebaikan Jika Kita Selalu Mengikuti Apa Yang Disuruh Allah S.W.T... Tapi.. Sayang.. Masih Ramai Belum Sedarinya...