Saturday, March 10, 2012

Mengajar itu belajar

    Sekarang baru ku tahu erti pengorbanan walaupun payah untuk dihadapi tapi, percayalah nikmatnya selepas itu sangat manis untuk dirasai bila dihargai. Apabila kita menjadi  seorang manusia di bumi Allah ini kita sebagai khalifah Allah yang dipertanggungjawabkan atas segala kebaikan dan keburukan yang berlaku dibumi tidak akan berhenti untuk berkoraban untuk  segalanya. Tidak kira dari segi masa, wang ringgit, atau kebendaan. 


    Jadi ingat bahawa pengorbanan yang ikhlas memberi banyak pahala jika kita redha atas segala yang telah ditentukannya. Setiap amalan walau sekecil zarah sekali pun yang kita lakukan di dunia ini akan dihintung kelak di akhirat samaada kebaikan ada kejahatan.


perasaan skang

       
     *dulu masa jadi murid, mesti berharap waktu kelas cepat habis, bila jadi cikgu, sakit hati betul bila waktu dah habis :) baru nak mula mengajar, dah bunyi loceng! baru paham perasaan cikgu *mula memahami tanggungjawab seorang guru.