Saturday, August 13, 2011

20 Perkara Wanita Tidak Suka Pada Lelaki


Oke, korang nak tahu banyak sangat faktor yang menyebabkan wanita tidak suka akan perangai sesetengah lelaki. Di sini ada 20 perkara yang membuatkan kaum wanita tidak suka kepada kaum lelaki atau erti kata lain menyampah. So kaum lelaki kat luar sane alert jangan nak main-main dengan kaum perempuan ni yer..
ini photo pakcik google bagi. mcm ni la kot ppuan tension 
1. MENINGGIKAN SUARA
Tahulah mereka dikurniakan suara yang ‘macho’ tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.
2. MAIN KAYU TIGA
Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.
3. SUKA ‘CUCI MATA’
Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!
4. MENGONGKONG
Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka disoal siasat oleh kekasih mereka… Macammana tu?
5. EGO
Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.
6. MENIPU
Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri.
Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.
7. PERASAN
Aduhaiii… lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita.
Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu… Ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji…
8. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. Lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih… Egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.
9. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN
Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita, alamatnya… mereka kurang mengambil perhatian.
Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.
10. CEMBURU BUTA
Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot.
Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!
11. MATA DUITAN
Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya ‘lelaki spedo’. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan… apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!
12. KOMITED TERHADAP KERJAYA
Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya. Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun.
Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa…
13. PANAS BARAN
Aduiii… masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang?
Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!
14. KAKI MEROKOK
Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak… asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan.
Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak… membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.
15. PENGOTOR
Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar.
Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah… hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.
16. GELOJOH
Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam ‘food machine’. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?
17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN
Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan.
Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.
18. TIDAK TAHU MEGHARGAI
Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini.
Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.
19. PUTAR BELIT
Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri.
Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.
20. SUKA KONTROL
 yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO.


Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga!mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. 

Klalau macho mcm F.A takperlah haha. Macam ni la kot lelaki idaman malaya haha, saper tak minat Fahrin Ahmad pergi main jauh-jauh. * Hui, pengsan kalau dapat jumpa dia. 

oke hensem tak ?? cair kowt haha..pakai baju melayu pink  plak tue

Oke jer bulan Ramadhan ni tak baik lebih-lebih kan. Daa assalamualaikum.

Friday, August 12, 2011

wanita dan warna

Assalamualaikum, oke di bawah ni adalah sedikit ramalan mengenai diri anda melalui warna anda. Tapi..jangan percaya 100%..kalau betul ia mungkin secara kebetulan..


UNGU 
Wanita yang suka warna ungu adalah: 
Seorang murah hati, 
Merdeka hatinya dan tidak mahu diperintah. 
Penuh inisiatif, 
Pandai tetapi tidak emosi, 
Dingin dan kehendaknya meluap-luap, 
Jarang berjaya. 

HITAM 
Wanita yang suka warna hitam adalah: 
Seorang yang suka bermurung, 
Prihatin, 
Kuat menghadapi petaka apa sahaja, 
Tidak mudah terpengaruh, 
Setia pada suami, 
Hatinya baik dan cepat tersinggung. 

BIRU MUDA 
Wanita yang suka warna biru muda adalah: 
Seorang yang suka merendahkan diri, 
Suka mengalah, 
Suka berkorban peranan, 
Cerdas, 
Pandai dan berotak berlian. 

KELABU 

Wanita yang suka warna kelabu adalah: 
Seorang yang suka sekali mengelamun, 
Romantis, 
Sabar, 
Tenang tetapi hatinya suka mengembara, 
Suka mengada-ngada dan gossip. 

MERAH 
Wanita yang suka warna merah adalah: 
Seorang yang berwatak berani, 
Emosional dan tegas, 
Tamak serta serakah, 
Tahan melarat dan suka hidup bersenang-senang. 

BIRU 
Wanita yang suka warna biru adalah: 
Seorang yang setia paa suami, 
Senang pegang wang, 
Kuat kemahuan, 
Berterus terang dan jujur, 
Cepat memberi maaf dan tegas. 

KUNING 
Wanita yang suka warna kuning adalah: 
Seorang yang amat menyukai ilmu, 
Gemar membaca, 
Tekun dan cerdas, 
Tabah menghadapi cabaran. 

PUTIH 
Wanita yang suka warna putih adalah: 
Seorang yang mempunyai perangai yang suci bersih, 
Fikirannya tidak banyak prasangka,
 
Berkata benar, jujur dan rendah hati, 
Ramah dan bersopan-santun, 
Kuat menerima ilmu, 
Damai dan berubah alam fikirannya, 
Suka menolong dan hidup dalam bertawakal. 

COKLAT 
Wanita yang suka warna coklat adalah: 
Seorang yang mempunyai sifat keibuan, 
Suka merendah diri, 
Sopan dan halus budi, 
Hatinya sentiasa was-was kerana takut salah. 

HIJAU 
Wanita yang suka warna hijau adalah: 
Seorang yang subur dan damai, 
Cintakan kebahagian, 
Tidak suka perang, 
Patuh pada agama, 
Teguh pendirian hingga kelihatan agak kolot. 

p/s: selam-selamilah diri anda.. 
wassalam

Saturday, August 06, 2011

Shopping Rayer+Berbuka Puasa di TimesSquare

Oke hari ini weekend, jadi aku dgn Nina berplanning shopping rayer awal sikit dekat TS. Kitorang gerak dalam pukol 12 then sampai sana pukul 1 lebih. Sampai tue terus cari surau semayang. Best Oo sekali sekala, jalan-jalan shopping-shopping kat KL. Release la tension sikit dari duduk terperap dalam bilik. Hehe.. 

Seronok sangat sampai kat  TS terdengar lagu-lagu rayer dah pasang oii. Barulah rasa macam nak raya kan, ni kat hostel tak rase pun cam nak raya. Sangat bosan huhu, sebenarnya aku memang plan nak shopping awal sebab tak berapa bz lagi sekarang ni. 

Lepas shopping kitorang pun cepat-cepat solat then terus terjah masuk Restoren Kenny Rogers. Excited sudah tak sabar nak berbukak oi, penat sangat pusing Sungai Wang Then patah balik Times Square. Tapi yang xbest nyer bila kitorang masuk dlm KRR tu tetibe ade suara aneh menegur kitorang..

Waitress KRR: Sori miss all tables today is fully reserved.
Aku                : Ceit, apekehal main reserved table saper cepat die dapat la. (dlm hati jer ckp cmtu) blur 
                         dh aku time ni malu nyer laa.
Nina               : Oh yew ker xtau pulak kena reserved lau taw awl-awl dh reserved haih..
Aku               : So camner? nk mkn jgk ke kt sini.
Nina              : Kite dduk2 bbka kt Marybrown dulu la mcm xder org sgt. Aku nak gak mkn KRR.
Aku               : Aku pun!! lps bbka order air jer laa.Lps tu kite solat dlu then kite dtg balik Oke??
Nina              : Yeah Ok jom (nekad jgk nak mkn KRR heee)

Oke ni la muka-muka yg happy sbb berjaya gak mkn slps percubaan kedua nk bbka mkn KRR yahoo!








Alhamdulillah kenyang..Brrrrrrrrrrrp..  :)

Oke tu jer daa.. (:


Wednesday, August 03, 2011

Satu pagi di kelas QS bersama En Zack lecturer yg cool..

Oke salam 3 Ramadhan, hah dah 3 hari kite berjaya menundukkan hawa nafsu ni. Terbaik semoga kita semua terus di perkuatkan iman melepasi semua cabaran dlm bepuasa.

Aku nak story something nie, pagi ni kitorg ade kls Quality System (QS) 2jam kls start kol 8-10. Masyallah punyer la ngantuk masa kat dalam kls, semua kwn kls aku dah mcm layu muke ala-ala baru bangun tido semua, so lecturer kitorg Encik Zack tanyer soalan pun acu tak acu nak jawab. Kehkehkeh kesian Encik Zack.. 

Lepas dia nmpk kitorg mcm xder espon dlm kls die, die suruh devide 4 group then kitorang disuruh bergerak ke padang kolej alamak apa la kne wt nnti...suspen jer..

Rupa-rupanya die suruh kitorg bincangg pasal tajuk yg diberikan pastu present dlm bntuk lakonan, nyanyian, syair hahah lwk. aku satu group dgn fana, mira,dan pejal..Kitrog kne wt disadvantages of SLA. oke jom aku nak tunjuk korang gambar-gambar masa aktiviti kigtorang pagi ni, Best Interesting hahah =.="..


group 3- aka group aku setail lah ! haha
                                                                 

group ke-4

group ke-2 lah semangat! haha

group 1


Our lec Encik Zack!  =)


Our group Ngee Best!!

pelakon terbaik- Ustzh Farhana haha..












Oke la tu jer daa. =)





Pengaruh Game Angry Birds


Mak aih sampai soalan fizik pun ley kaitkan dgn games femes ni skg. Haiyaayaya mesti cikgu-cikgu pun layan games ni kan. Kantoi.. Aku pun minat giler main games ni lucu geram sakit hati lau x menang main game ni hihihi..