Tadi aku ada terbaca satu artikel kawan aku post pasal rantai "owl" yang dikatakan haram dipakai oleh orang Islam kerana dikaitkan dengan Freemason. Sekarang ini banyak betul bentuk, pakaian, barang, gambar yang dikaitkan dengan Freemason, boleh dikatakan hampir semua kita tidak perasan dengan perkara ini kan. Memang tujuan penganut Freemason ini nak hancurkan agama Islam dan peralatkan kita dengan benda-benda cantik macam loket ini contohnya.Kita pulak tak terfikir terus beli sebab cantik dan ikut trend kan. Aku pun ada beli jugak sebab cantik bagi aku takder pun niat nak join Freemason or Iluminati, tapi takper kan sebab tak tahu.
Memang kita diharamkan dari simpan dan beli patung-patung untuk dijadikan perhiasan kerana dikhuatiri berunsur penghormatan kepada patung tu. Sebab kalau ada patung-patung dalam rumah kita atau gambar-gambar malaikat tidak akan masuk kerumah orang islam tersebut jadi rumah tersebut.
Tak habis kalau nak cerita pasal Freemason, dah memang tujuan dorang menyesatkan kita. Tak payah sibuk-sibuk mengenai illuminati/freemason di Malaysia, yang sudah terang lagi bersuluh masalah seperti zina, rogol, rasuah dan penyelewengan, murtad lebih memberikan kemudaratan kepada umat Islam. Jadi kita sepatutnya banteras menda tue jugak. Yang penting di sini adalah AKIDAH. Itu yang perlu diterapkan dari awal lagi. Saudara-saudaraku, jadilah orang yang mutawassit dalam melakukan sesuatu, janganlah kita menjadi golongan ekstremis, Rasulullah tidak suka sebegitu…
sejibik macam aku punyer -.-" |
TAK GITU? huhu