Friday, December 30, 2011

Hello 2012 Good Bye 2011

Hello wah lamanya tak update blog, bersawang sudah blog ni. Biasalah aku sekarang ni dah habis belajar kan , so busy, poyo jer busy apa. Busy jalan-jalan, makan, tengok tv haha. Aku kalau dekat rumah jarang sikit online, macam biasa kalau time duduk kat kolej banyak masa aku guna untuk online. Dekat rumah pulak duduk baring sikit tengok tv jer kawan telefon "Kin free tak sekarang?", siap kitorang datang ambik. Jadi aku nak cakap ape ikut jer lah orang ajak keluar lagipun duduk bagus jugak keluar ni, boleh sedut-sedut angin kat luar rumah haha.

Sempena tahun baru ni konfem ramai ada wish list or azam baru nak capaikan, tapi azam tahun lepas dah tercapai ker. haha Kalau belum baik capai dulu ok.

Azam aku tahun lepas aku dah capai dah alhamdulillah..


Masih tak nak ada boyfriend  
Menjaga adab sebagai muslimah 
 Camera digital Sony 
 Touch screen phone Sony 
Pandai masak kari,ayam masak merah-sedap oke 
 Habis diploma 
 Mempunyai wang simpanan sendiri


Semoga menjelang tahun baru ini, makin bertambah lah peningkatan iman kita. Insyallah. Marilah sama-sama kita bersyukur dengan setiap rahmat dan nikmat yang Allah berikan.