Thursday, December 01, 2011

Perjuangan hampir selesai..

Sedih + tak sabar + terharu + sebak mahu meninggal kan sahabat yang bersama ketika berjuang menimba ilmu. Aku sayang kamu sahabat.. Semua orang ada kawan , tipu lah kalau cakap tak ader kawan kan, bagi aku kawan ialah orang yang selalu disamping kita tidak kira susah senang. Orang yang selalu mengata kawan mengadu domba, aku rasa tidak layak dipanggil kawan.

Selama aku belajar di Kpm ini banyak yang telah aku pelajari, macam mana nilai seorang kawan yang memang boleh dianggap kawan. Ya aku telah banyak memperoleh pengalaman dari persahabatan yg terikat sepanjang belajar di sini.

Tak lama lagi aku akan menghabiskan sisa-sisa pengajian aku, masing-masing akan bawak haluan. Aku bersyukur kepada Allah kerana beri aku kawan yang sentiasa memahami aku, perangai gila-gila aku kadang-kadang kan. Pasti aku akan rindu kalian semua, selama 3 1/2 tahun berkawan, banyak pahit manis telah kita lalui. 

Bersengkang mata menyiapkan tugasan, hingga tidak terurus masa harian sibuk dengan esaimen yang menggunung. Gelak ketawa bila bersama tidak kira dimana, ya pasti aku rindui kalian semua yang digelar sahabat.. :') Semoga semua kawan-kawanku berjaya satu hari nanti, moga ukhuwah kita tak kan terputus. Jumpa lagi time KONVO!