Friday, December 30, 2011

Hello 2012 Good Bye 2011

Hello wah lamanya tak update blog, bersawang sudah blog ni. Biasalah aku sekarang ni dah habis belajar kan , so busy, poyo jer busy apa. Busy jalan-jalan, makan, tengok tv haha. Aku kalau dekat rumah jarang sikit online, macam biasa kalau time duduk kat kolej banyak masa aku guna untuk online. Dekat rumah pulak duduk baring sikit tengok tv jer kawan telefon "Kin free tak sekarang?", siap kitorang datang ambik. Jadi aku nak cakap ape ikut jer lah orang ajak keluar lagipun duduk bagus jugak keluar ni, boleh sedut-sedut angin kat luar rumah haha.

Sempena tahun baru ni konfem ramai ada wish list or azam baru nak capaikan, tapi azam tahun lepas dah tercapai ker. haha Kalau belum baik capai dulu ok.

Azam aku tahun lepas aku dah capai dah alhamdulillah..


Masih tak nak ada boyfriend  
Menjaga adab sebagai muslimah 
 Camera digital Sony 
 Touch screen phone Sony 
Pandai masak kari,ayam masak merah-sedap oke 
 Habis diploma 
 Mempunyai wang simpanan sendiri


Semoga menjelang tahun baru ini, makin bertambah lah peningkatan iman kita. Insyallah. Marilah sama-sama kita bersyukur dengan setiap rahmat dan nikmat yang Allah berikan.











Saturday, December 10, 2011

Ada apa Freemason dengan Rantai Burung Hantu?

  Tadi aku ada terbaca satu artikel kawan aku post pasal rantai "owl" yang dikatakan haram dipakai oleh orang Islam kerana dikaitkan dengan Freemason. Sekarang ini banyak betul bentuk, pakaian, barang, gambar yang dikaitkan dengan Freemason, boleh dikatakan hampir semua kita tidak perasan dengan perkara ini kan. Memang tujuan penganut Freemason ini nak hancurkan agama Islam dan peralatkan kita dengan benda-benda cantik macam loket ini contohnya.Kita pulak tak terfikir terus beli sebab cantik dan ikut trend kan. Aku pun ada beli jugak sebab cantik bagi aku takder pun niat nak join Freemason or Iluminati, tapi takper kan sebab tak tahu. 

    Memang kita diharamkan dari simpan dan beli patung-patung untuk dijadikan perhiasan kerana dikhuatiri berunsur penghormatan kepada patung tu. Sebab kalau ada patung-patung dalam rumah kita atau gambar-gambar malaikat tidak akan masuk kerumah orang islam tersebut jadi rumah tersebut.

    Tak habis kalau nak cerita pasal Freemason, dah memang tujuan dorang menyesatkan kita. Tak payah sibuk-sibuk mengenai illuminati/freemason di Malaysia, yang sudah terang lagi bersuluh masalah seperti zina, rogolrasuah dan penyelewengan, murtad lebih memberikan kemudaratan kepada umat Islam. Jadi kita sepatutnya banteras menda tue jugak. Yang penting di sini adalah AKIDAH. Itu yang perlu diterapkan dari awal lagi. Saudara-saudaraku, jadilah orang yang mutawassit dalam melakukan sesuatu, janganlah kita menjadi golongan ekstremis, Rasulullah tidak suka sebegitu

sejibik macam aku punyer -.-"


TAK GITU? huhu
   

Thursday, December 08, 2011

TQ Ujang



Erm first of all, nak ucapkan trimas kpd Ujang sebab dah comment blog aku yang buruk ni..haha dapat gred B+ dah dekat nak dapat A dah tue.haha 


Lepas baca komen die, aku apa lagi terus la wat modification sikit untuk blog aku ni. Tapi ada beberapa ayat aku tak paham Ujang komen 


"widget follower cuba letak belah-belah lagi ok.." 



Tapi so far aku rasa komen dia sangat membina, thanks bro sebab komen blog ni. 

Cinta atau Dosa??





Haa tadi aku ada terbaca satu artikel kat fb mengenai "cinta". So,aku nak share ngan korang sebab aku rasa menarik, check it out! Moga sediki sebanyak kita dapat ilmu darinya.





1. Iblis laknatullah sentiasa menjadi orang ketiga dalam perhubungan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram yang akhirnya membawa pasangan kekasih itu kepada awal permulaan zina contohnya berpegangan tangan,kemudian berpelukan,setelah berpelukan berani pula bercumbuan dan akhir sekali belakunya perzinaan.




2.  Bagi perempuan, jangan benarkan lelaki yang bukan sah menjadi suamimu memegang dan memeluk tubuhmu kerana maruah adalah benteng utama wanita muslimah yang perlu dijaga. Manakala bagi lelaki pula, jangan rosakkan keluhuran seorang perempuan dan jangan biarkan diri tergoda dengan kelembutan wanita. 




3.Cinta yang sejati adalah cinta yang dimana pasangan masing-masing akan menjaga maruah sesama sendiri sebelum nikah. Mereka malu dan takut pada Allah.Mereka sabar sehingga menjadi suami isteri yang sah.




4.  Lelaki dan perempuan Islam yang beriman tidak akan membiarkan diri mereka tergoda dengan orang-orang yang tidak baik budi pekertinya yang membawa kepada kejahilan hati. Oleh itu cintailah pasangan anda kerana iman yang ada pada diri mereka kerana itulah yang sebenarnya menjadi keutamaan dalam kehidupan yang boleh membawa kebahagian bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat.


  •    Bagi perempuan islam, carilah lelaki yang bertaqwa dan beriman kerana lelaki inilah yang layak menjadi suamimu yang kelak akan menjadi imam dan akan mengajarmu selok belok agama. Jangan terjebak dengan lelaki buaya yang hanya manis dimulut tetapi hatinya ingin menghancurkan benteng pertahanan dirimu yang paling berharga.

  •      Bagi lelaki islam, seboleh-bolehnya carilah wanita yang baik budipekertinya dan bertudung. Jangan jatuh cinta hanya kerana tergoda dengan wajahnya dan bicaranya. Nilai juga keimanannya. Lelaki yang baik dan soleh tidak akan merosakkan wanita yang bakal menjadi isterinya.


    Aku tertarik dengan hadis ini-
  •  Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:-
    "Dan seseorang yang bersentuh dengan babi yang berlumuran dengan busuk lebih baik daripada bersentuhan dengan bahu wanita yang tidak halal baginya."(Riwayat Al-Tarmizi)
        
  • Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi saw bersabda :
    "Perempuan itu dikahwini kerana 4 perkara, iaitu kerana hartanya,keturunannya,kecantikannya dan kerana agamanya,maka pilihlah kerana agamanya kelak engkau akan bahagia" (Hadis Riwayat Muttafaqun Alaih)

5 ciri-ciri lelaki yang patut dijauhi

1.  Terlalu kedekut – Sebenarnya, tak salah kalau nak simpan duit sebab nak jimat. Cuma jangan terlalu kedekut la sampaikan setiap kali keluar dengan si buah hati, si dia pulak yang kena bayar untuk segala-galanya. Tak adillah namanya tu kan? Anyway, kalau anda tengah saving pun, harap-harap ada la sikit bajet untuk digunakan semasa keluar dating, kan?

2. Hipokrit – Atau lain maksudnya  berpura-pura. Depan-depan kita dia cakap lain, belakang pulak lain. Siapa lah nak lelaki camnie, kan? At least berterus terang je lah tentang perangai anda yang sebenar. And then it’s up to the lady whether to accept you or not, right? (perasan alim tapi sbenarnyer gatal kalah ulat bulu).

3.  Perasan hensem – hoho… ada ke lelaki camnie? Jawapannya… ader! Mungkin jugak jejaka yang mengaku hensem tu memang betul-betul hensem:-) Bersyukurlah dengan aset yang anda miliki dan jangan menyalahgunakannya. Satu yang perlu anda tahu, mungkin anda perasan anda hensem, tapi bagaimana pulak di mata orang lain? Anyway, kehenseman seseorang tidak dapat menjamin kebahagiaan,lama-lama berkedut jugak beb!

4. Playboy – .Jangan mudah tertipu dengan penampilannya yang baik dan sopan. Wanita kena selidik dulu latar belakang lelaki yang bakal menjadi teman lelaki/suaminya tue kerana takut silap-silap haribulan nanti, nama anda akan menjadi salah seorang ‘mangsa’ yang tertulis di dalam buku hitamnya nanti. So, berwaspadalah…

5. Tak gentleman -  Sesetengah orang kata lelaki Malaysia nie ramai yang tak ‘gentleman betul ker? Cuba tanya diri sendiri soalan2 nie: Ketika tengah berasak-asak untuk naik bas, anda pun turut berasak sama ke atau bagi peluang kepada wanita dan golongan tua naik dahulu? Pernah tak anda membuka pintu kereta untuk teman wanita/isteri anda?  Anda pernah ‘offer’ untuk angkat barang-barang ketika shopping? Ketika berjalan bersama-sama, anda akan pimpin tak tangan orang kesayangan anda? Ke anda just jalan terus jer…hinggakan jika kekasih terjatuh ke dalam lubang pun… korang tak sedar So, guys belajar lah untuk menjadi seorang lelaki budiman. Gerenti ramai wanita yang akan tertarik pada anda nanti!


Sunday, December 04, 2011

B-Day! 21 tahun dah la

 Alhamdulillah syukur kepada Allah,aku masih dipanjangkan umur sampai ke hari ini. Genap lah umur aku 21 tahun. Macam tak percaya jer dah dewasa. Kejap je masa berlalu dulu ingat lagi masa kecik-kecik nakal merajuk kalau ayah tak ingat sambut birthday..haha at least dapat kek apollo pun dah hepi sebab ayah ingat. 

Lawakla kan sekarang tak kisah dah, dapat ke tak hadiah, kek ker aper ker. Yang penting orang tersayang ingat hari jadi aku.Tapi kalau ada orang bagi hadiah lagi hepi tak gitu. Thanks ayah dan maa for the birthday wish. Juga kepada kawan-kawan aku yang tak lupa wish hehe..syg korang.

Semoga peningkatan usia seiring dengan tingkatnya iman di dada...ameen Ya Rabb. ^__^ 

Thursday, December 01, 2011

HangOut with my The best Friends Ever

 Er pergi ni tak plan pun, ingatkan my family dari Kelantan nak datang. Tup-tup tak jadi aiseymen sedih betol terpaksa la xpergi jamuan dak kelas buat kt umh lecturer aritu. So aku keluar lah dengan member-member hot i ija,iqa n zoe dorang ajak picnic . Tapi tak tau nak pergi mana, dalam keta duk decide pongpangpungpang sambil makan mcd nasib baik tak tersembul kuar makanan. Ikot majoriti, kitorang decide pergi picnic kat sungai Congkak jer dekat sikit.hihi




Lepas picnic , xreti penat pegi plak alamanda tgk wyg. Iqah request sian die dah lama xtgk wayang kata nya. So beli la tiket wayang ingat nak tengok twilight tp full sampai subuh kang pun full kot. tipu jer saje nk describe punyer la ramai.hmm last2 tgk AKU BUKAN TOMBOY best jgk lah..tak rugi beli duk gelak jer nonstop dlm wyg.

Perjuangan hampir selesai..

Sedih + tak sabar + terharu + sebak mahu meninggal kan sahabat yang bersama ketika berjuang menimba ilmu. Aku sayang kamu sahabat.. Semua orang ada kawan , tipu lah kalau cakap tak ader kawan kan, bagi aku kawan ialah orang yang selalu disamping kita tidak kira susah senang. Orang yang selalu mengata kawan mengadu domba, aku rasa tidak layak dipanggil kawan.

Selama aku belajar di Kpm ini banyak yang telah aku pelajari, macam mana nilai seorang kawan yang memang boleh dianggap kawan. Ya aku telah banyak memperoleh pengalaman dari persahabatan yg terikat sepanjang belajar di sini.

Tak lama lagi aku akan menghabiskan sisa-sisa pengajian aku, masing-masing akan bawak haluan. Aku bersyukur kepada Allah kerana beri aku kawan yang sentiasa memahami aku, perangai gila-gila aku kadang-kadang kan. Pasti aku akan rindu kalian semua, selama 3 1/2 tahun berkawan, banyak pahit manis telah kita lalui. 

Bersengkang mata menyiapkan tugasan, hingga tidak terurus masa harian sibuk dengan esaimen yang menggunung. Gelak ketawa bila bersama tidak kira dimana, ya pasti aku rindui kalian semua yang digelar sahabat.. :') Semoga semua kawan-kawanku berjaya satu hari nanti, moga ukhuwah kita tak kan terputus. Jumpa lagi time KONVO!

Sunday, November 20, 2011

Hai EnCek Ujang ada masa review la blog yang tak seberapa nie ^-^


Erm hehe sajer jer nak join jugak sebab kawan blog atik excited ajak aku join, dia cakap Encek Ujang nak review blog yang tak femes ni..kahkah.. Blog ni just tempat aku bosan-bosan tak der kejer selain online sambil buat esaimen, so aku gatal lah tangan nk buat blog jugak..

Malaysia Boleh!!!!!!!!!!!! aummmmmm

Haha sejak bila aku layan bola ni? aku pun tak tau lah sejak bila, sejak Skuad Bola Sepak Malaysia main best kot, sebelum ni game tak best asyik kalah jer. Penat aku tunggu tercongok depan tv tengok games last sekali  mesti kecewa bila kalah games.

Tapi sekarang Malaysia dah hebat boleh dikatakan banyak games kita join menang, banggakan kita sebagai rakyat Malaysia! Hahaha..

Oke sekarang ni heboh bergaduh pasal bola antara Malaysia dgn Indonesia time Sukan Sea 2011, Malaysia kalahkan Indonesia 1-0 time tu. Haiyooooo sebab bola pun nak gaduh ke ni mentaliti Indonesia kalah sikit nak cari gaduh siap buat page kat FB kutuk-kutuk Malaysia. Dah kalah tu terimalah jangan nak cari gaduh sedar la sikit, ramai geng-geng korang yang cari makan kat  Malaysia. hahaha lawan majikan nampak.

Ni la contoh, geng preman indon yang kuang asam kaw-kaw punyer kutuk Malaysia.Jahat kan.

kalau korang nampak page ni kt fb report je k. ;)

Biarlah dorang nak buat page kutuk kita ke ape, boleh blah la..dorang ni bukan nya cerdik sangat. Camaner negara nak maju kalau rakyat pun pemikiran cetek. haha Tapi yang penting pastikan kita menyokong Skuad Harimau Muda  menentang Indonesial nie oke. MALAYSIA BOLEH !!



PERGH gagah perkasa harimau membahan garuda kahkah indon ader??

Pastikan kejayaan milik kita wahai hero-hero pahlwan-pahlawan negara yang tercinta . ;D aumm




Saturday, November 19, 2011

Jom makan Nasi Ayam Penyet sedap ooh

Oke nak post pasal makanan pulak..haha. Tadi lunch aku dengan budak bilik, nak tau kt ner? dekat jer makan kat Restoren Ayam Penyet sebelah Tesco tu..Lama dah teringin nak makan  kat situ, tapi tak kesampaian sebab bila nampak KFC kat tesco, terus aku tukar plan ekekek..




Tapi kali ni jadi oke. Sampai je restoren AP tu terus order makan, kitorang tiga-tiga order makan sama menu je senang hee.Kat restoren ni ader ayam penyet, udang penyet, ikan keli penyet n lagi satu tak silap aku daging penyet. Kitorang ambik yang set A ayam penyet-baru RM7.90 sekali dengan air.murahkan... Sampai je makanan lepas baca doa laju je makan, sekali makan mak aiiihhhh pedas meletops bibir..walaupun pedas still sedap aku suke makanan pedas-pedas ni. so masuk laa dengan rasa aku.hehe.. Sape-sape yang tak pernah cuba makan kt AP sebelah tesco ni pegi la cuba tak rugi, pelayan pun baik n peramah gitu..

ni la ropernyer ayam penyet.



Insiden Kacang dan coklat


Seorang gadis membawa teman lelaki barunya yang berasal dari bandar pulang ke kampung untuk diperkenalkan kepada neneknya. Setibanya di rumah, si gadis terus meluru masuk ke dapur dan memeluk neneknya. Lupa tentang teman lelakinya yang masih di ruang tamu, si gadis tersebut terus berbual dengan neneknya.




Teman lelakinya terus duduk di ruang tamu, sambil menantikan kekasihnya di dapur dia terpandang semangkuk kecil kacang badam dan gajus di atas meja. Bosan menunggu, dia pun terus mangambil sebutir kacang, lalu memakannya.. setengah jam kemudian.. habis semangkuk kacang itu dimakannya



Si gadis setelah puas berborak dengan neneknya baru teringat yang teman lelakinya masih berada di ruang tamu. Lalu dia dan neneknya naik ke ruang tamu..




“Nenek, inilah teman lelaki yang saya katakan tadi.., Yang, minta maaf lupa nak kenalkan dengan nenek tadi” kata si gadis..



“Tak mengapa, saya pun nak minta maaf dengan nenek, habis semangkuk kacang nenek saya habiskan..” kata pemuda itu pula.






“Itulah cu, cucu-cucu nenek ini suka berikan nenek coklat kacang, tapi nenek ni bukannya ada gigi, jadi nenekpun hisaplah coklatnya tu sampai habis, kacangnya keras jadi nenek letakkanlah dalam mangkuk tu…”


Thursday, November 03, 2011

Congratz My Sayangness semua!

27 Oktober 2011 tarikh bermakna untuk semua kawan - kawanku satu batch dah grad, tapi aku lambat lagi tahun depan.  tau-tau la kan kos hnd  lambat sikit kan ..hihi tapi takper at least aku boleh share this happiness dengan kawan-kawan baik aku semua.Semoga kalian berjaya didunia dan akhirat amin..









Wednesday, October 26, 2011

Pertama Kali Mendaki Bukit Broga (=

Satu perkataan yang menggambarkan perasaan aku panjat Bukit Broga adalah Stress! yeah itulah semangat sangat nak naik, hambek kao mengah-mengah + mencarut dalam hati sumpah tak nak datang dah...dalam hati jer la, orang ajak nanti maybe nak pergi lagi kot.

Adoi tu laa excited sangat malam tue, aku ingatkan Bukit Broga ni takderlah tinggi sangat, macam biasa panjat time camping kat skolah dulu. Tak sangka rupanya curam dan tinggi giler siap ada puncak-puncak 1, 2-8 lagi mak aii sempot aku dibuatnyer. TQ so much kwn-kwn AIN, ATIK dan HAZ yang setia kawan tolong aku sampai ke puncak ! Sayang korang .. umuah hee 

Best giler kot pengalaman mahal  mana nak dapat ni, bila laa pulak aku nak panjat bukit lagi tak sanggup dah ..(harapan).









 Thats all, with love :)

Kena Paksa Jawab Soalan Nina

Layan jer lah Nina Ghafar ni kan ,kesian pulak kalau tak layan haha! (gelak jahat) tapi macam best jugak jawab soalan ni, tak pernah orang tuju aku soalan banyak macam ni.. Oke ini jawapan aku bagi tulus ikhlas dari lubuk hati aku ahaha..

1 - favorite memory?
     Kenal dengan kakak angkat masa kt teknik nama dia kak idah..
2- forget or forgive? why ?

     Forget jer kalau die xnak akui kesalahan die, forgive kalau die minta maaf   
     dan akui kesalahan die
3 - what are you wearing right now ?

     Baju t sluar trek suit
4 - have you ever fall asleep in class?

     Selalu ahaha
5 - who last made you smile ?

     ader la kena ker bagitau kt umum ahah- nama strt dgn "A" (nk jgk...)
6 - have a crush on someone?

     Yes!
7 - korang basoh baju sendiri ? 

     Yes!
8 - who do you really hate?

     Someone who is hypocrite and backstabber i guess u know who is she ahaha
9 - favorite place?

     Highland Resort
10 - choose either one, kiss or hug ?

     For sure hug lalala...halal relationship only k..
11 - describe me in three words . heheeh :) 

     Friendly, free and flirt - yg pntg smua f ahaha ;)




Thanks Nina ci ;)

Wednesday, October 19, 2011

Some Friends Are Forever


Sometimes in life,

you find a special friend:
someone who changes your life
by being a part of it.
Someone who makes you laugh
until you can't stop;
someone who makes you believe
that there really is
good in the world.
Someone who convinces you
that there is an unlocked door
just waiting for you to open it.
This is forever friendship...

When you're down,
and the world seems dark and empty,
your forever friends lifts you up in spirit
and make that dark and empty world
suddenly seem bright and full.
Your forever friend gets you through
the hard times, the sad times,
and the confused times.
If you turn and walk across,
your forever friend follows.
If you lose your way,
your forever friend holds your hand
and tells you that
everything is going to be okay.
And if you find such a friend,
you will feel happy and complete,
because you need not worry.
You have a forever friend for life,
and forever has no end.









TQ For Being My Friends :')

Rahsia Gadis Mengekalkan Keayuan


 Keayuan gadis tidak hanya terletak pada paras rupa. Ianya merupakan gabungan segalanya, dari hujung rambut hinggalah ke hujung kaki. Berikut merupakan diantara cara-cara bagaimana untuk gadis mengekalkan keayuan :

Gunakan masa untuk perkara yang berfaedah , jangan banyak angan-angan. Tidur awal setiap malam dan bangun awal setiap pagi untuk solat subuh. Jangan tidur siang hari.

Menjaga suara. Latih diri bercakap dengan nada yang lembut, tidak sengau atau suaranya terlalu kuat.

Menjaga cara berkata-kata. Biasakan menggunakan perkataan yang melambangkan keluhuran budi seperti tolong serta minta maaf.

Jangan gunakan perkataan yang terlalu beremosi seperti bosan, sakit hati, menyampah, benci dan sebagainya kerana ia akan menyebabkan muka jadi berkerut dan masam.

Menjaga kulit. Kebersihan sentiasa dijaga. Makanan yang berupa ulam-ulam yang wangi serta sayuran dan buah-buahan segar patut selalu dimakan. Gunakan sabun yang tidak merosakkan kulit.

Menjaga muka. Tangan perlu sentiasa bersih dan lembut. Jangan gunakan bedak yang bukan-bukan.

Selalu menggunakan bedak sejuk untuk menjaga kulit muka. Jangan banyak berangan.

Menjaga rambut. Ia mahkota kejelitaan gadis. Bersihkan rambut tapi jangan terlalu kerap. Bila bersikat, ulangi sikatan ke seluruh bahagian kepala 100 kali untuk menjadikan rambut subur dan berkilat. Ramai lelaki suka pada gadis berambut panjang tapi kemas.

Menjaga cara berjalan. Latih cara berjalan. Jauhi dari berjalan mengengkang atau tangan terlalu dihayun. Langkah jangan terlalu besar.

Berjalan jangan terlalu laju. Badan jangan terlalu membongkok atau tegak. Leher jangan terteleng (senget sebelah). Muka elok ditundukkan sedikit.

Menjaga gerak-geri. Bila duduk di atas lantai duduklah dengan cara bersimpuh. Kalau duduk di atas kerusi, eloklah sila panggung. Jangan mengangkang. Tangan jangan terlalu digerakkan bila bercakap. Cara bergerak biarlah lemah-lembut.

Menjaga senyum. Latihlah senyum jangan tersengeh. Tutup mulut bila ketawa. Ketawa secara sederhana. Selalu senyum tapi untuk tujuan baik.

Menjaga mata. Mata janganlah terlalu liar memandang sekeliling. Tundukkan mata dan memandang hanya kepada apa yang sedang anda hadapi. Jangan terlalu kerap mengerdipkan mata.

Usah terlalu kerap menjeling walaupun kepada buah hati anda.

Menjaga kehormatan. Sentiasa bertemankan ibu atau saudara bila keluar. Minta izin ibubapa.

Pakaian sopan. Pulang seawal mungkin.

Menjaga sikap. Taat beragama. Jangan bohong.

Jauhi dari merungut. Jauhi dari menjadi amat cerewet dan jaga hati orang lain.

Terpikir tak korang satu hari nanti..

Kita sebagai manusia akan mati, tak kiralah samaada masih muda ker tua ker .. Bila dah sampai ajal memang tak dapat nak tangguh dah. Macam mana kalau tiba-tiba Allah nak cabut nyawa kita,  kita time tue tengah leka buat dosa berhibur tanpa batasan, bersosial tak ingat dunia. Bayangkanlah time tue macam mana mayat kita mest aibkan macam mana tanggapan masyarakat kat kita time tu ?... Mesti lah yang buruk-buruk...

 Sekarang ni macam-macam kita dengar pasal anak muda remaja yang tidak segan silu membua dosa maksiat zina sewenangnya membuang bayi ke dalam longkang, sungai,lombong, tong sampah sampai ada juga yang sanggup membuangnya dari tingkat atas hingga pecah kepala bayi tersebut. 

Apehal lah bodoh sangat lepas dah terkantoi barulah nak menggelabah, sebelum buat tak fikir side effect dia memang geram betul lah aku. Yang jadi mangsanya sapa? bayi yang tidak berdosa yang tak tau apa, kesian yang terbaru kes remaja yang tak nak terima bayi yang dilahir luar nikah, sanggup dikelar sampai terburai isi perut budak tu. Binatang pun tak sanggup buat anak dia macam tu, ni bukan manusia tapi sesuai dipanggil syaitan bertopeng manusia. Mana pergi kemanusiaan dalam diri kita sekarang ni?? 

Dah la sudah melakukan dosa berzina, membunuh pulak tu, hmm tak tau ker betapa besarnya hukuman ke atas perbuatan membunuh. Betapa mulianya nyawa manusia di sisi Allah. Jelaslah dalam alquran yg mengatakan bhw:


“Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan; Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang sangat besar” [al-Israa' 17: 31]


P/S:Pada yang telah membuat dosa tue cepat-cepat lah bertaubat sebelum pintu taubat tertutup. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih lagi Pemurah. 





Tuesday, October 18, 2011

Misteri

Em semalam time aku dengan budak bilik dok ketawa terbahak-bahak, buat lawak semua tak ingat dunia. Malam tue jugak  tak boleh tido sebab dengar bunyi aneh macam bunyi orang tengah basuh baju. Giler ker saper pagi buta basuh baju pukol 3 pagi tue. Aku aspect bukan org kot, mulut nie gatai dok tegur ngek betol la. hehe sekali kena marah ngan dak bilik dorang cakap jangan tegur kot-kot bukan orang. Aih naik bulu roma aku malam tu, tapi desebabkan letih aku tido lena jugak tapi kesian dak bilik aku sorang nie tak leh tido plak hehe.. Emm tu jer la jadi persoalan aku saper yang basuh baju pagi buta tue. Budak ostel ker tutttttttttttt... Mintak-mintak lah bukan benda tu kan almaklumlah dah nak abis sem mcm-mcm lah benda yang nak menumpang wat kacau...

Esok pagi tue ada budak sebelah tndas pun dengar bunyi sama yang kitorang dengar. So apa korang rase mesti korang rase mender tue jugak kan heh psfffffffffffffft! -.-"

Sunday, October 09, 2011

Kejadian 6 Oct 2011


  • Tarikh Hari Ini - 08 Zulkaedah 1432H bersamaan 6 Oct 2011, satu kejadian Allah yang indah telah terjadi pada malam 11.25 pm. Sungguh aku terpegun dengan kebesaranMu, betapa besar kuasaMu. Walaupun hanya fenomena biasa bagi saintis yang dipanggil "Halo" atau  dipanggil 'moon ring' tapi ianya tetap merupakan satu keagungan Mu Ya Allah. Jika dipandang dari sudut Islam mungkin fenomena begini merupakan satu petanda dari Allah kepada semua umat manusia untuk meningkatkan amalan-amalan kita semua  sebelum terlambat.




Mesej ini aku terima sebaik melihat kejadian bulan yg indah mlm ini.
  • Hati-hati dengan kajaiban tuhan terhadap bulan pada hari ini. Dalam masa 44 hari, suatu benda yang dasyat akan berlaku terhadap semua umat manusia di bumi ini sebelum tarikh keramat tiupan sangkakala. Bulan yang indah ini bermaksud bumi ini sudah goyah dan uzur untuk didiami oleh umat manusia. Diharapkan kepada umat islam bersunggguh-sungguhlah melakukan Ibadat terhadap ALLAH S.W.T sebelum pintu kiamat akan tutup. Sekian dari Sheikh Al-Bukhari ulamak yang tersohor di makkah.....***sila sebarkan perkara ini utk menyedarkan umat islam tentang perkara misteri ini. SUBHANALLAH.

Ya Allah semoga aku sentiasa dalam redhamu..Ya Allah, lindungilah kami semua dari fitnah

 dajjal yang durjana dari bala bencana akibat kemungkaran manusia itu sendiri Ya Allah. amin :'(

Friend, i want u to know that u are really mean to me.

   Biarlah masa yang menentukan, bukan niat aku untuk mempermainkan perasaanmu itu tapi aku hanya anggap kamu sebagai kawan baikku. Tiada perasaan dalam hati ini untuk bercinta, dari awal lagi bukan ker aku dah bagitahu awal-awal no heart feeling, our relationship is no more than a best friend and i  really really hope you will understand and will always be my best friend forever and ever..Tq sebab hari-hari mesej tanya khabar walaupun aku tak balas mesej tu, esok masih ada lagi kunjungan mesej mu di telefonku ini. Sori aku bukan seperti gadis-gadis lain, aku tak mudah melafazkan kata cinta pada mereka yang tidak berhak untuk cintaku. Maybe suatu hari pintu hati aku terbuka untuk menerimamu, siapa tahukan.. Itu semua kerja Dia bukan kerja kita. Kita hanya merancang Dia yang menentukan. So percayalah betulah sangatlah tu kita kena percaya ni semua oke. 

"Cinta Aku Hanya PadaMu.Itu lah Cinta yang Satu, Cinta Kepada Allah SWT"


Saturday, October 08, 2011

Only God know what is the best for me.


Friday, October 07, 2011

Aku Bersyukur padaMU Ya Allah..

Alhamdulillah, alhamdulilah,alhamdulillah..syukur padaMu Ya Allah..

 Selama ni aku lalai Ya Allah, apa yang telah Engkau kurniakan padaku hari ini aku rasa aku kurang bersyukur pada Mu. Aku lalai dengan nikmat dunia yang hanya sementara ini. Dulu aku setiap kali selepas solat ketika di asrama teknik aku selalu akan membaca kitabMu, tapi sekarang dalam seminggu sekali sahaja aku mampu membacanya. Kenapa sekarang sungguh aku lalai. Ya Allah ...Betapa aku rindu padaMu takkala aku bersendirian melayari kesunyian, dengan membaca Ayat suciMu aku berasa sgt tenang.. Ya Allah istiqomah la diriku ini mengerjakan suruhanMu dan menjauhi larangan Mu. Juahkanlah aku dari anasir-anasir yg mnyebabkan aku lalai padaMu.

Dikala aku berada dalam kesusahan padaMu aku memohon kekuatan  dari Mu Ya Allah. Memohon agar rasa resah gelisah luka dan kesedihan dihati ini pergi jauh dari hati aku ini.. terima kasih Ya Allah apabila dekat dengan Mu aku berasa tenang menempuh segala dugaan hidup ini..


WHY DO WE CLOSE OUR EYES WHEN WE PRAY ? 
WHEN WE CRY? WHEN WE DREAM?
BECAUSE WE KNOW THAT THE MOST BEAUTIFUL THINGS IN LIFE ARE NOT SEEN,
BUT FELT BY HEART.

A Very Good Day



Best keluar dgn Pijo, Haz, Atik dan Ain..Lama tak keluar hangout..Biasa lah sekarang busy dengan esaimen yang berbaki 6 lagi.haih, pejam celik cepat betul masa berlalu kn.. Huihui...

Kitorang plan pergi makan Piza dekat Kajang jer, lepas tu kitorang karoke kat MusicBox yang baru bukak tu , xder la best sgt.. bilik sempit , speaker mak ai ..pecah perot aku rase duk lama-lama dlm tue hahaha, lepas tujalan-jalan dekat Metro Point dan Metro Kajang.  Tapi yang penting kitorang enjoy kuar same-same sangat seronok! hehe Thanks Friends Spending a Great Time Together with Me.. ^-^

Oke jom cikidaut pic-pic kitorang yg terhangat dipasaran ahahaha...


abaikan muka aku tu haha

tak sabar smua nak makan..sabar-sabar haha

marvelous!

jauh pulak aku berdiri -.-"

fewwit sempOi..

Hehe nice tak?? oke la ni potpet untuk entry nie..daa.. =)